Labels
Showing posts with label PENANDA WACANA. Show all posts
Showing posts with label PENANDA WACANA. Show all posts
Thursday, May 15, 2014
LATIHAN PENANDA WACANA (01)
1. Tiket kereta api untuk pulang ke kampungnya di Kelantan telah habis dijual. _______, Aidil
tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kapal terbang pula.
A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula
2. Karnival membeli-belah 2013 sudah bermula di seluruh negara. _______, orang ramai
dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja.
A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula
3. Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______,
jalan itu licin dan tidak rata.
A Oleh sebab itu B Tambahan pula C Di samping itu
4. Syarleeza sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
A Di samping B Lebih-lebih lagi C Dengan itu
5. Dahulu, kes-kes penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat, _________ kini
fenomena itu mula menular dalam masyarakat kita .
A namun begitu B di samping itu C jika demikian
6. Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Aiman Hakimi membuat latihan dan ulang kaji
dengan lebih intensif bersama rakan-rakannya.
A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu
7. Firzana petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam
pertandingan pidato peringkat Daerah Seberang Perai Selatan.
A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu
8. Harga buah kelapa akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan kelapa di pasaran.
A Seterusnya B Bukan sahaja C Hal ini kerana
9. Kehidupan Sulaiman sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk
menyara keluarganya yang besar.
A Oleh yang demikian B Sungguhpun demikian C Dengan itu
10. Encik Aiman mengusahakan tanaman cili secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam
penternakan itik untuk menambah pendapatannya.
A Di samping itu B Namun demikian C Tambahan pula
11. Kehidupan keluarga Ahmad sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya
sudah lama meninggal dunia.
A Kalau begitu B Selain itu C Tambahan pula
12. Semua orang hendak pergi ke pameran buku itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
A Tambahan pula B Kalau begitu C Oleh sebab itu
13. Ashraff yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan badminton itu telah bermain
bersungguh- sungguh dalam perlawanan akhir, _________ beliau tewas dalam perlawanan
tersebut.
A jika demikian B demikian juga C namun demikian
14. Aleeya Nadhira merupakan anak seorang hartawan. _________ dia tidak menyombong diri
dengan rakan- rakannya yang lain.
A Namun begitu B Jika begitu C Oleh sebab itu
15. Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit, _________ kita mestilah
menjaga kebersihan persekitaran.
A dalam pada itu B walau bagaimanapun C oleh sebab itu
Wednesday, May 7, 2014
PENANDA WACANA
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya
Menunjukan pertentangan maklumat
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
bagaimanapun
|
Ibu menangis teresak-esak. Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.
|
biarpun demikian
|
Qayyum gagal dalam perlumbaan itu.Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.
|
meskipun
|
Sakina tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.
|
meskipun demikian
|
Puan Azlina telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.
|
namun
|
Quratul menjerit meminta tolong. Namuntiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya.
|
namun begitu
|
Elis memang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
|
sebaliknya
|
Farhan tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
|
sungguhpun demikian
|
Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.
|
walau bagaimanapun
|
Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Tajol.
|
walaupun demikian
|
Arif kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.
|
Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
lagipun
|
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.
|
lebih-lebih lagi
|
Saya tidak dapat melihat dengan jelas, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
|
malah
|
Nur Firzana mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
|
tambah lagi/tambahan pula
|
Aliya suka menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.
|
Menunjukkan akibat atau kesimpulan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
akhir kata
|
Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.
|
akhirnya
|
Pasukan itu tidak bermain dengan bersunguh-sungguh. Akhirnya mereka kalah.
|
dengan itu
|
Hakimi kurang aktif dalam kokurikulum.Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang.
|
jadi
|
Huda tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.
|
justeru
|
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.
|
kalau begitu
|
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini.
|
lantaran itu
|
Haikal selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.
|
malangnya
|
Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.
|
oleh itu/oleh sebab itu
|
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.
|
semenjak itu/sejak itu
|
Ibunya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.
|
Menunjukkan sesuatu yang berikutnya
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
kemudian
|
Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.
|
lepas itu/selepas itu
|
Kakak mengemas rumah. Lepas itu, kakak memasak hidangan tengah hari.
|
selanjutnya
|
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.
|
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
dalam pada itu
|
Puan Anis mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih.
|
di samping itu
|
Ustaz Zool seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.
|
selain itu
|
Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
|
sebelum itu
|
Abu Seman akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)

