Showing posts with label KATA TUGAS. Show all posts
Showing posts with label KATA TUGAS. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

KESALAHAN LAZIM.....Kata Sendi

Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...

1.  Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.

Contoh :
Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif, 
kata sendi tidak boleh dilenyapkan.

Contoh :
Adik saya suka aiskrim. (salah)
Adik saya suka akan aiskrim. (betul)

3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.

Contoh :
Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)
Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)   

4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang 
berawalan di- dan ter-

 Contoh :
Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)
Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul)

Friday, May 2, 2014

KATA PEMERI



KATA PEMERI

~ Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
~ Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.





kata PemeriMaksud

ialah

 ~ menunjukkan persamaan
 ~ hadir di hadapan frasa nama.

bila

 ~ menunjukkan huraian atau keterangan.
 ~ hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi.

Contoh Kata Pemeri ialah :

1. Kereta yang berwarna merah itu ialah kereta Proton Saga.
2. Bapa Mamat ialah seorang guru.
3. Bendera rasmi negara kita ialah Jalur Gemilang.

Contoh Kata Pemeri adalah :

1. Meja yang dibeli oleh Puan Anis itu adalah daripada kayu jati.
2. Tujuan pertandingan itu adalah untuk mencungkil bakat murid-murid.
3. Makanan yang ditempah itu adalah untuk pasukan bole sepak Kampung Baru.


Monday, April 28, 2014

KATA HUBUNG



KATA HUBUNG

1. digunakan untuk menggabung perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.



Kata Hubung Gabungan / Pancangan



Contoh
Penggunaan
atau
menunjukkan pilihan
bahkan
menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yang sedia ada.
dan
untuk menggabungkan dua unsur yang setara
kecuali
untuk menunjukkan kekecualian
lagi
untuk menunjukkan tambahan kepada yang sedia ada.
lalu
untuk menggabungkan dua perkara atau perbuatan yang dilakukan berturut-turut. 
maka
untuk menyatakan maksud setelah itu dan kerana itu.
malahan
untuk menunjukkan sesuatu yang makin atau kian bertambah.
melainkanuntuk menunjukkan hanya atau sebaliknya.
padahal
untuk menunjukkan keadaan yang sebenar
sambil
untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan bersama-sama
sedangkanuntuk menunjukkan keadaan yang sebenar
seraya
dilakukan bersama-sama
serta
untuk menunjukkan sesuatu yang serentak.
tetapi
untuk menunjukkan sesuatu atau hal yang berlawanan



CONTOH AYAT

1. Amirul hendak melancong ke Korea atau ke Jepun.
2. Datuk Mazelan bukan sahaja kaya bahkan mempunyai harta yang banyak.
3. Zafran suka membaca buku cerita dan surat khabar.
4. Semua murid telah membayar yuran penyertaan kecuali Ahmad.
5. Pemandangan di puncak gunung itu indah lagi mendamaikan.
6. Nurin menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumahnya.