Tuesday, May 6, 2014

KATA KERJA TRANSITIF


~Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang, binatang, dan benda.

~ Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;

   1) Kata Kerja Transitif
   2) Kata Kerja  Tak Transitif





KATA KERJA TRANSITIF

~ Kata kerja transitif ialah kata yang mesti mempunyai objek yang terdiri daripada kata nama.
   Contoh :

   Abu       menendang               bola
                  (KKT)                (OBJEK )

~ Kata kerja transitif terbahagia kepada dua jenis iaitu 

   1) Kata Kerja Transitif Aktif

   2) Kata Kerja Transitif Pasif

Kata Kerja Transitif Aktif menggunakan imbuhan yang berikut ;

   1)  me- , men- , mem- , meng- , menge-

   2)  me-....-i , men-....-i , mem-....-i , meng-....-i , menge-....-i

   3)  me-....-kan , men-....-kan , mem-....-kan , meng-....-kan , menge-....-kan

   4)  memper- , memper-....-i , memper-....-kan

Kata Kerja Transitif Pasif ialah kata kerja yang terbentuk daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja transitif pasif terbahagi kepada dua iaitu ;

   1) tidak menggunakan imbuhan dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.

   2) berimbuhan di-  dan menggunakan kata sendi oleh serta kata ganti nama diri ketiga.

Monday, May 5, 2014

IMBUHAN AWALAN di-


Awalan  di-

~ Apabila imbuhan di- dicantumkan dengan kata dasar yang membawa maksud perbuatan, maka imbuhan di- tersebut akan dirapatkan dengan kata dasar.




contoh :

di-  +  makan = dimakan
di-  +  potong = dipotong

~ Awalan di- boleh membawa kepada beberapa maksud atau fungsi.

1. Ayat pasif diri ketiga seperti nya, beliau, mereka, kakak, Aminah dan lain-lain.
    Contoh ayat : 1) Kerja itu sudah disiapkan oleh abang.
                         2) Pakaian itu dibasuh oleh emak.
                         3) Buku itu dibeli oleh Ahmad.

2. Perbuatan yang tidak dinyatakan pembuatnya.
    Contoh ayat : 1) Segala kesulitan di taman perumahan itu telah diatasi.
                         2) Buku-buku latihan itu telah disemak.

3. Memberatkan perbuatan
    Contoh ayat :  1) Disimpannya buku itu dengan cermat.
                          2) Dipikulnya kotak yang berat itu seorang diri.

Saturday, May 3, 2014

KESALAHAN LAZIM.....Kata Sendi

Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...

1.  Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.

Contoh :
Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif, 
kata sendi tidak boleh dilenyapkan.

Contoh :
Adik saya suka aiskrim. (salah)
Adik saya suka akan aiskrim. (betul)

3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.

Contoh :
Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)
Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)   

4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang 
berawalan di- dan ter-

 Contoh :
Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)
Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul)

Friday, May 2, 2014

KATA PEMERI



KATA PEMERI

~ Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
~ Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.





kata PemeriMaksud

ialah

 ~ menunjukkan persamaan
 ~ hadir di hadapan frasa nama.

bila

 ~ menunjukkan huraian atau keterangan.
 ~ hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi.

Contoh Kata Pemeri ialah :

1. Kereta yang berwarna merah itu ialah kereta Proton Saga.
2. Bapa Mamat ialah seorang guru.
3. Bendera rasmi negara kita ialah Jalur Gemilang.

Contoh Kata Pemeri adalah :

1. Meja yang dibeli oleh Puan Anis itu adalah daripada kayu jati.
2. Tujuan pertandingan itu adalah untuk mencungkil bakat murid-murid.
3. Makanan yang ditempah itu adalah untuk pasukan bole sepak Kampung Baru.


Thursday, May 1, 2014

IMBUHAN AWALAN BER


IMBUHAN BER


~  Imbuhan ber- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.
~ Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang
   berikut.:

Awalan
Kata Dasar
Kata Berimbuhan



ber-

lari
bual
rasa
rehat
runding

berlari
berbual
berasa
berehat
berunding

                                                                                                                                        

Fungsi atau Maksud Awalan ber-

Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:

(a) mempunyai                                                                        
     berayah = mempunyai ayah                                                           
     berilmu   = mempunyai ilmu    
contoh ayat : Hidup tidak berilmu umpama malam tidak berbintang.                                             
(b) memakai
     berbaju = memakai baju
     bertopi = memakai topi
contoh ayat : Pemuda yang bertopi itu abang saya.

(c) menaiki atau menunggang
     berkereta = menaiki kereta
     berbasikal = menunggang basikal
contoh ayat : Encik Abu berkereta ke pejabatnya.

(d) menggunakan
     berpayung = menggunakan payung
     bertungkat = menggunakan tongkat
contoh ayat : Perempuan yang berpayung itu emak saya. 

(e) mengeluarkan atau menghasilkan
     berbunga = mengeluarkan bunga
     berdarah = mengeluarkan darah
contoh ayat : Jari Abu berdarak terkena pisau.

(f) mengusahakan
    bersawah = mengusahakan sawah
    berkedai = mengusahakan kedai
contoh ayat : Encik Sulaiman bersawah sebagai mata pencariannya.

(g) mengucapkan
     berdoa = mengucapkan doa
     berjanji = mengucapkan janji
contoh ayat : Ayah akan berdoa setiap kali selepas solat.
                                                                                                  
(h) menunjukkan sikap
     berkasar = menunjukkan sikap kasar
     berlembut = menunjukkan sikap lembut
contoh ayat : Puan Anis berlembut dengan anak bongsunya itu.
                                                                                                         
(i) dalam keadaan....
    bergembira = dalam keadaan gembira
    berduka = dalam keadaan duka
contoh ayat : Keluarga Mak Esah berduka kerana rumah mereka dijilat api.
                                                                                                                                
(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....                                                     
    bercukur = mencukur diri sendiri                                            
    bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri
contoh ayat : Pemuda itu berjalan di tepi pantai.

(k) ada sesuatunya
     berbahaya = ada bahayanya
     berduri = ada durinya
contoh ayat : Pokok itu berduri.

(l) bilangan atau kumpulan
    berdua
    contoh ayat : Mereka berdua akan datang ke rumah saya pada petang nanti.

Wednesday, April 30, 2014

KATA GANDA SELURUH



Kata Ganda Seluruh


1)      Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya
Contoh bunga – bunga-bungaan

2)      mesti diberi tanda sempang (-)

3)      menyatakan makna
a)      Jamak atau banyak    ** Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang

b)      Tunggal atau satu   **Contoh anai-anai, oleh-oleh

c)      Banyak yang bersifat   **Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah

d)      Menguatkan keterangan  ** Contoh sunguh-sungguh, baik-baik

Senarai Kata Ganda Seluruh

Jenis
Kata Ganda Seluruh

Contoh

Kata Nama

Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
~ Labah-labah sedang 
    membuat sarang.
~ Abu bermain layang-layang di padang.


Kata Adjektif


Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
~ Bangunan disitu tinggi-
   tinggi
~ Makanan yang dijual di 
   restoran itu enak-enak


Kata Kerja

Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur

~ Abang baring-baring 
   selepas makan.

Kata Keterangan

Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai

~ Pagi-pagi lagi Mak Limah 
   sudah bangun untuk 
   sediakan sarapan.
~ Hujan turun renyai-
   renyai sejak semalam.


Kata Nama Terbitan

Pemberita-pemberita, soalan-soalan
~ Soalan-soalan yang 
   dikemukakan oleh dalam 
   ujian itu agak susah.