Wednesday, April 30, 2014

KATA GANDA SELURUH



Kata Ganda Seluruh


1)      Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya
Contoh bunga – bunga-bungaan

2)      mesti diberi tanda sempang (-)

3)      menyatakan makna
a)      Jamak atau banyak    ** Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang

b)      Tunggal atau satu   **Contoh anai-anai, oleh-oleh

c)      Banyak yang bersifat   **Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah

d)      Menguatkan keterangan  ** Contoh sunguh-sungguh, baik-baik

Senarai Kata Ganda Seluruh

Jenis
Kata Ganda Seluruh

Contoh

Kata Nama

Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
Labah-labah sedang 
    membuat sarang.
~ Abu bermain layang-layang di padang.


Kata Adjektif


Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
~ Bangunan disitu tinggi-
   tinggi
~ Makanan yang dijual di 
   restoran itu enak-enak


Kata Kerja

Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur

~ Abang baring-baring 
   selepas makan.

Kata Keterangan

Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai

Pagi-pagi lagi Mak Limah 
   sudah bangun untuk 
   sediakan sarapan.
~ Hujan turun renyai-
   renyai sejak semalam.


Kata Nama Terbitan

Pemberita-pemberita, soalan-soalan
~ Soalan-soalan yang 
   dikemukakan oleh dalam 
   ujian itu agak susah.

Tuesday, April 29, 2014

KATA GANDA

Kata Ganda ???




~ Kata ganda ialah proses mengulangi sesuatu perkataan sama ada secara seluruh atau bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

~ Kata dasar yang digamdakan boleh menghasilkan pelbagai kelas kata seperti berikut ;

1) kata nama
    contoh : dekak-dekak, layang-layang, kura-kura dan sebagainya.

2) kata kerja
    contoh : main-main, berlari-lari, kejar-mengejar dan sebagainya.

3) kata adjektif
    contoh : tinggi-tinggi, kekuning-kuningan, hiruk-pikuk dan sebagainya.

Kata ganda juga membawa beberapa maksud. Antara aspek makna penggandaan adalah seperti yang berikut ;

1) Tunggal
    contoh : anting-anting, bayang-bayang

2) Jamak
    contoh : buku-buku, meja-meja

3) Pelbagai
    contoh : sayur-mayur, rempah-ratus

4) Berulang-ulang
    contoh : tercungap-cungap, mundar-mandir

5) Saling
    contoh : tembak-menembak, bantu-membantu

6) Sangat
    contoh : berpeluh-peluh, kusut-masai

7) Nama haiwan 
    contoh : jejentik, rama-rama

8) Kesamaan / keserupaan
    contoh : sesiku, bebola

9) Berpanjangan
    contoh : berangan-angan, kata-mengata

10) Besungguh-sungguh
    contoh : cepat-cepat, besar-besaran

11) Tidak bersungguh-sungguh
    contoh : duduk-duduk, jarang-jarang, main-main

12) Keadaan / sifat
    contoh : gelap-gelita, segar-bugar

~ Kata ganda terdiri daripada:
  1. kata ganda seluruh
  2. kata ganda semu
  3. kata ganda separa (separuh)
  4. kata ganda bersajak atau berima
  5. kata ganda berimbuhan.

Monday, April 28, 2014

KATA HUBUNG



KATA HUBUNG

1. digunakan untuk menggabung perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.



Kata Hubung Gabungan / Pancangan



Contoh
Penggunaan
atau
menunjukkan pilihan
bahkan
menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yang sedia ada.
dan
untuk menggabungkan dua unsur yang setara
kecuali
untuk menunjukkan kekecualian
lagi
untuk menunjukkan tambahan kepada yang sedia ada.
lalu
untuk menggabungkan dua perkara atau perbuatan yang dilakukan berturut-turut. 
maka
untuk menyatakan maksud setelah itu dan kerana itu.
malahan
untuk menunjukkan sesuatu yang makin atau kian bertambah.
melainkanuntuk menunjukkan hanya atau sebaliknya.
padahal
untuk menunjukkan keadaan yang sebenar
sambil
untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan bersama-sama
sedangkanuntuk menunjukkan keadaan yang sebenar
seraya
dilakukan bersama-sama
serta
untuk menunjukkan sesuatu yang serentak.
tetapi
untuk menunjukkan sesuatu atau hal yang berlawanan



CONTOH AYAT

1. Amirul hendak melancong ke Korea atau ke Jepun.
2. Datuk Mazelan bukan sahaja kaya bahkan mempunyai harta yang banyak.
3. Zafran suka membaca buku cerita dan surat khabar.
4. Semua murid telah membayar yuran penyertaan kecuali Ahmad.
5. Pemandangan di puncak gunung itu indah lagi mendamaikan.
6. Nurin menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumahnya.

Friday, April 25, 2014

KATA GANTI NAMA TANYA



Kata Ganti Nama Tanya 

1. Kata ganti tanya digunakan untuk menanya kan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan.
2. Kata ganti nama tanya disertakan dengan tanda soal ( ? )
3. Sekiranya kata ganti nama tanya ini digunakan di permulaan ayat, kata penegas atau partikel 'kah' 

    hendaklah disertakan.
4. Kata penegas atau partikel 'kah' tidak perlu digunakan sekiranya kata ganti tanya tersebut terletak di 

    hujung ayat.


Kata Ganti NamaPenggunaannya
apa

~ digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa

~ digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
~ digunakan untuk menanyakan tempat dan benda

bila

digunakan untuk menanyakan masa
berapa

digunakan untuk menanyakan bilangan, jumlah, dan harga




CONTOH AYAT

1. Apakah nama kucing yang comel itu ?
2. Nama kucing itu apa ?
3. Siapakah pemuda yang berbaju merah itu ?
4. Pemuda yang berbaju merah itu siapa ?
5. Bilakah ayah kamu akan ke Kuala Lumpur ?
6. Ayah kamu akan ke Kuala Lumpur bila ?
7. Di manakah budak itu tinggal ?
8. Budak itu tinggal di mana ?
9. Berapakah harga sebungkus nasi lemak ?
10. Harga sebungkus nasi lemak itu berapa ?

Thursday, April 24, 2014

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI


~ Kata ganti nama diri ialah  kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
~ Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga , iaitu kata ganti nama diri pertama, kedua, dan ketiga.

Kata Ganti Diri Pertama 

digunakan untuk menggantikan diri sendiri (orang yang bercakap). 
terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. 

Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku 

(tunggal)
~ digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa.
~ digunakan ketika berdoa kepada Tuhan
saya 

(tunggal)
~ digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal.
~ bercakap secara umumj atau dalam suasana rasmi
hamba 

(tunggal)
~ digunakan pada zaman dahulu ketika bercakap dengan orang lain.
patik 

(tunggal)
~ digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta 

(tunggal)
~ digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami 

(jamak)
~ digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang lain.
kita 

(jamak)
~ digunakan kepada diri sendiri serta orang kedua (orang yang diajak bercakap)

Kata ganti nama Diri Kedua

~ digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. 
~ juga dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.


Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda 

(tunggal)
~ digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak  berhadapan dengan kita
awak 

(tunggal)
~ digunakan untuk diri orang kedua yang rapat  hubungannya dengan kita
engkau 

(tunggal)
~ digunakan untuk diri orang kedua yang rapat  hubungannya dengan kita.
~ ketika  berdoa kepada Tuhan.
tuanku 

(tunggal)
~ digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian 

(jamak)
~ digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu 

(tunggal dan 
jamak)
~ digunakan untuk diri orang kedua yang rapat  hubungannya dengan kita.
~ ketika bercakap dengan orang yang lebih muda.



Kata Ganti diri ketiga 

~  merujuk kepada orang ketiga.
~
boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.


Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda 

(tunggal)
~ digunakan untuk raja dan sultan
beliau 

(tunggal)
~ digunakan untuk orang yang kita hormati atau tokoh seperti guru, menteri dan pemimpin
dia dan ia 

(tunggal)
~ digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka 

(jamak)
~ digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


*********************************************************************************

Kata Ganti Nama DiriTunggalJamak (Banyak)

Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita




Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian

Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka

Wednesday, April 2, 2014

Apa itu Sistem Bahasa....?

SISTEM BAHASA

Pengenalan
Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

Tatabahasa
Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 – 12), iaitu;

(a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan;
(b) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;
(c) menggunakan frasa yang betul;
(d) membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan
(e) membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis. 

(a) Morfologi


Secara mudah, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek itu diajar sejak sekolah rendah lagi.

Yang dikatakan struktur kata ialah susun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Ia juga merangkumi aspek susunan lambang-lambang huruf (tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau perkataan yang bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna. Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata. 

(a) huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]
(b) Huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z]. 

Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa Melayu, dan kedua, pola suku kata pinjaman bahasa Melayu. Setiap suku kata terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan sebagainya. Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk kata boleh terdiri daripada;

(a) kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna);
(b) kata terbitan (kata telah menerima imbuhan);
(c) kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan
(d) kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk satu makna). 

Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata terbitan adalah berbeza dengan makna kata tunggal. Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata. Ada tiga cara proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pertama, pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. 

(i) Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-, ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-.

Kata tunggal + imbuhan awalan = kata terbitan
( Lari + pe- = pelari )

(ii) Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan –nita.

Kata tunggal + imbuhan akhiran = kata terbitan
( Lari + -an = larian )

(iii) Imbuhan apitan : me- ... –kan, mem- ... –kan, men- ... –kan, meng- ... 
–kan, menge- ... –kan, me- ... –i, mem- ... –i, men- ... –i, meng- ... –i, ke- ... –an, pe- ... –an, pem- ... –an, pen- ... –an, peng- ... –an, penge- ... –an, per- ... –an, pel- ... –an, di-- ... –kan, dan di- ... –i. 

Kata tunggal + imbuhan apitan = kata terbitan
( Lari + pe- ... –an = pelarian )

Kedua, kata tunggal menerima pengandaan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. Formulanya;


Kata tunggal + pengandaan = kata terbitan 
( Orang + orang = orang-orang )

Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang dipanggil sebagai kata terbitan, atau istilah atau metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah menerima imbuhan atau belum. Formulanya;

Kata tunggal + kata tunggal = kata majmuk 
( Segi + empat = segi empat )
( Merah + hati = merah hati )

Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu;

(a) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);
(b) kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);
(c) kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan 
(d) kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu). 

Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada;

(i) kata hubung
(ii) kata seru
(iii) kata tanya
(iv) kata perintah
(v) kata pangkal ayat
(vi) kata bantu
(vii) kata penguat
(viii) kata penegas
(ix) kata nafi
(x) kata pemeri
(xi) kata sendi
(xii) kata pembenar
(xiii) kata bilangan, dan
(xiv) kata arah.


(b) Sintaksis


Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang mengkaji bentuk perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang membina ayat atau terhasilnya ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah;

(a) komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;
(b) jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;
(c) ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d) susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
(e) binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;
(f) proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; dan
(g) aspek tanda baca dalam ayat.



Sistem Ejaan
Perkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.

Sebutan dan Intonasi
Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat tuggal mudah. 

Kosa Kata
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu. Misalnya, istilah ‘subjek’ ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah ‘subjek’ yang merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah ‘segi empat tepat’ hanya terdapat dalam Matematik atau Sains. Istilah itu tidak terdapat dalam bidang ilmu Sejarah atau Geografi. Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka silang kata.

Peribahasa
Yang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmah. Pengajaran peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Galakkan murid menggunakan peribahasa dalam karangan-karangan yang mereka hasil. Tujuannya, ialah agar karangan tersebut lebih bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca.