2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Penggunaan
|
atau
| menunjukkan pilihan |
bahkan
| menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yang sedia ada. |
dan
| untuk menggabungkan dua unsur yang setara |
kecuali
| untuk menunjukkan kekecualian |
lagi
| untuk menunjukkan tambahan kepada yang sedia ada. |
lalu
| untuk menggabungkan dua perkara atau perbuatan yang dilakukan berturut-turut. |
maka
| untuk menyatakan maksud setelah itu dan kerana itu. |
malahan
| untuk menunjukkan sesuatu yang makin atau kian bertambah. |
melainkan | untuk menunjukkan hanya atau sebaliknya. |
padahal
| untuk menunjukkan keadaan yang sebenar |
sambil
| untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan bersama-sama |
sedangkan | untuk menunjukkan keadaan yang sebenar |
seraya
| dilakukan bersama-sama |
serta
| untuk menunjukkan sesuatu yang serentak. |
tetapi
| untuk menunjukkan sesuatu atau hal yang berlawanan |
CONTOH AYAT
1. Amirul hendak melancong ke Korea atau ke Jepun.
2. Datuk Mazelan bukan sahaja kaya bahkan mempunyai harta yang banyak.
3. Zafran suka membaca buku cerita dan surat khabar.
4. Semua murid telah membayar yuran penyertaan kecuali Ahmad.
5. Pemandangan di puncak gunung itu indah lagi mendamaikan.
6. Nurin menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment