Wednesday, May 14, 2014

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI ( 01)


Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.


1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.( dia, kamu , beliau  )

2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima Cemerlang
     kepada Cikgu Faizul.  ( Mereka, Kami, Kita )

3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah. ( Baginda, Dia, Beliau )

4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. ( kami, dia, mereka )

5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif.( beta, aku, saya )

6.  Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______  arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-murid Tahun Lima Dahlia. ( kami, saya, dia)

7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
    ( Saya, Beta, Baginda )

8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong-
    royong esok. ( hamba, dia, nya )

9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
( Kami, Saya, Hamba )

10. "Segala titah perintah _________ ( baginda , tuanku, kamu ) akan ________ ( patik, saya, kamu ) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.

37 comments:

  1. mohon guna latihan ya....t.kasih

    ReplyDelete
  2. salam, saya mohon guna latihan ini ye. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mohon guna latihan ye..terima kasaih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana buat page ni,cikgu saya bagi latihan yang sama. jadi saya boleh menjawab dengan betul

    ReplyDelete
  5. 😄😄😄😄😄😄

    ReplyDelete
  6. Hebat latihan untuk PPSR

    ReplyDelete
  7. Minta izin nak guna latihan ni ya Cikgu Faizul, terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. Saya mohon izin ambil latihan ini untuk anak-anak murid saya ya Cikgu Faizul. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Sy minta izin utk guna ye cikgu.

    ReplyDelete
  10. terima kasih cikgu

    ReplyDelete