Wednesday, May 14, 2014
LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI ( 01)
Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.( dia, kamu , beliau )
2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima Cemerlang
kepada Cikgu Faizul. ( Mereka, Kami, Kita )
3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah. ( Baginda, Dia, Beliau )
4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. ( kami, dia, mereka )
5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif.( beta, aku, saya )
6. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-murid Tahun Lima Dahlia. ( kami, saya, dia)
7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
( Saya, Beta, Baginda )
8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong-
royong esok. ( hamba, dia, nya )
9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
( Kami, Saya, Hamba )
10. "Segala titah perintah _________ ( baginda , tuanku, kamu ) akan ________ ( patik, saya, kamu ) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.
Thursday, May 8, 2014
APA ITU PENJODOH BILANGAN ?
~ Penjodoh bilangan digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspek bilangan.
~ Terdapat juga kata bilangan yang disertai dengan kata bilangan.
~ Penjodoh bilangan berfungsi menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal, perkara dan manusia.
~ Kini, wujud penjodoh bilangan yang menggunakan benda yang mempunyai ruang untuk menerangkan aspek bilangan.
Contoh : mangkuk ~ semangkuk sup
baldi ~ sebaldi air
cawan ~ secawan teh
~ Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama kata bilangan tak tentu.
Contoh ;
* seluruh buah kedai
* seluruh orang penduduk kampung
* semua orang guru
~ Berikut adalah beberapa contoh penjodoh bilangan serta kegunaannya.
Wednesday, May 7, 2014
PENANDA WACANA
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya
Menunjukan pertentangan maklumat
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
bagaimanapun
|
Ibu menangis teresak-esak. Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.
|
biarpun demikian
|
Qayyum gagal dalam perlumbaan itu.Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.
|
meskipun
|
Sakina tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.
|
meskipun demikian
|
Puan Azlina telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.
|
namun
|
Quratul menjerit meminta tolong. Namuntiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya.
|
namun begitu
|
Elis memang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
|
sebaliknya
|
Farhan tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
|
sungguhpun demikian
|
Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.
|
walau bagaimanapun
|
Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Tajol.
|
walaupun demikian
|
Arif kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.
|
Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
lagipun
|
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.
|
lebih-lebih lagi
|
Saya tidak dapat melihat dengan jelas, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
|
malah
|
Nur Firzana mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
|
tambah lagi/tambahan pula
|
Aliya suka menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.
|
Menunjukkan akibat atau kesimpulan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
akhir kata
|
Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.
|
akhirnya
|
Pasukan itu tidak bermain dengan bersunguh-sungguh. Akhirnya mereka kalah.
|
dengan itu
|
Hakimi kurang aktif dalam kokurikulum.Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang.
|
jadi
|
Huda tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.
|
justeru
|
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.
|
kalau begitu
|
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini.
|
lantaran itu
|
Haikal selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.
|
malangnya
|
Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.
|
oleh itu/oleh sebab itu
|
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.
|
semenjak itu/sejak itu
|
Ibunya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.
|
Menunjukkan sesuatu yang berikutnya
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
kemudian
|
Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.
|
lepas itu/selepas itu
|
Kakak mengemas rumah. Lepas itu, kakak memasak hidangan tengah hari.
|
selanjutnya
|
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.
|
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
dalam pada itu
|
Puan Anis mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih.
|
di samping itu
|
Ustaz Zool seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.
|
selain itu
|
Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
|
sebelum itu
|
Abu Seman akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.
|
Tuesday, May 6, 2014
KATA KERJA TRANSITIF
~Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang, binatang, dan benda.
~ Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;
1) Kata Kerja Transitif
2) Kata Kerja Tak Transitif
KATA KERJA TRANSITIF
~ Kata kerja transitif ialah kata yang mesti mempunyai objek yang terdiri daripada kata nama.
Contoh :
Abu menendang bola
(KKT) (OBJEK )
~ Kata kerja transitif terbahagia kepada dua jenis iaitu
1) Kata Kerja Transitif Aktif
2) Kata Kerja Transitif Pasif
Kata Kerja Transitif Aktif menggunakan imbuhan yang berikut ;
1) me- , men- , mem- , meng- , menge-
2) me-....-i , men-....-i , mem-....-i , meng-....-i , menge-....-i
3) me-....-kan , men-....-kan , mem-....-kan , meng-....-kan , menge-....-kan
4) memper- , memper-....-i , memper-....-kan
Kata Kerja Transitif Pasif ialah kata kerja yang terbentuk daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja transitif pasif terbahagi kepada dua iaitu ;
1) tidak menggunakan imbuhan dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
2) berimbuhan di- dan menggunakan kata sendi oleh serta kata ganti nama diri ketiga.
Monday, May 5, 2014
IMBUHAN AWALAN di-
~ Apabila imbuhan di- dicantumkan dengan kata dasar yang membawa maksud perbuatan, maka imbuhan di- tersebut akan dirapatkan dengan kata dasar.
contoh :
di- + makan = dimakan
di- + potong = dipotong
~ Awalan di- boleh membawa kepada beberapa maksud atau fungsi.
1. Ayat pasif diri ketiga seperti nya, beliau, mereka, kakak, Aminah dan lain-lain.
Contoh ayat : 1) Kerja itu sudah disiapkan oleh abang.
2) Pakaian itu dibasuh oleh emak.
3) Buku itu dibeli oleh Ahmad.
2. Perbuatan yang tidak dinyatakan pembuatnya.
Contoh ayat : 1) Segala kesulitan di taman perumahan itu telah diatasi.
2) Buku-buku latihan itu telah disemak.
3. Memberatkan perbuatan
Contoh ayat : 1) Disimpannya buku itu dengan cermat.
2) Dipikulnya kotak yang berat itu seorang diri.
Saturday, May 3, 2014
KESALAHAN LAZIM.....Kata Sendi
Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...
1. Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif,
kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif,
kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Contoh :
Adik saya suka aiskrim. (salah)
Adik saya suka akan aiskrim. (betul)
3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.
Contoh :
Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)
Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)
4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang
berawalan di- dan ter-
Contoh :
Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)
Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul)
Friday, May 2, 2014
KATA PEMERI
KATA PEMERI
~ Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
~ Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
| kata Pemeri | Maksud |
ialah | ~ menunjukkan persamaan ~ hadir di hadapan frasa nama. |
bila | ~ menunjukkan huraian atau keterangan. ~ hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi. |
Contoh Kata Pemeri ialah :
1. Kereta yang berwarna merah itu ialah kereta Proton Saga.
2. Bapa Mamat ialah seorang guru.
3. Bendera rasmi negara kita ialah Jalur Gemilang.
Contoh Kata Pemeri adalah :
1. Meja yang dibeli oleh Puan Anis itu adalah daripada kayu jati.
Contoh Kata Pemeri adalah :
1. Meja yang dibeli oleh Puan Anis itu adalah daripada kayu jati.
2. Tujuan pertandingan itu adalah untuk mencungkil bakat murid-murid.
3. Makanan yang ditempah itu adalah untuk pasukan bole sepak Kampung Baru.
Subscribe to:
Comments (Atom)









