Wednesday, May 21, 2014
LATIHAN KATA SENDI (02)
1. Majlis rumah terbuka Puan Nurin itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
A daripada…sehingga B dari…hingga C sejak…ke
2. Zariman dan adiknya sangat suka _______ nasi goreng ayam yang dijual di restoran itu.
A oleh B kepada C akan
3. Mastura membaca surat _______ abang yang sedang belajar di Jepun .
A dari B daripada C kepada
4. _______ pameran buku itu , perbagai jenis buku dan majalah dijual di gerai-gerai yang
disediakan oleh pihak penganjur
A dengan B pada C di
5. Berita _______ bencana banjir di Pahang itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa.
A akan B dengan C tentang
6. Setibanya saya _______ Hotel Seri Malaysia ,saya telah dibawa _______ seorang penyambut tetamu ke kaunter untuk pendaftaran.
A ke…oleh B pada…dengan C di …oleh
7. " _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang , kita perlulah berjimat cermat, " kata Ketua Menteri kepada para tematu yang hadir.
A pada B dalam C daripada
8. Majlis pertunangan _______ Aliya dan Amran berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.
A daripada B seperti C antara
9. _______ semalam adik asyik menangis kerana demam panas.
A daripada B sejak C antara
10. _______ pesta Hari Keluarga Taman Tambun tersebut ,pelbagai program yang menarik
diadakan _______ drama, persembahan nyanyian ,cabutan bertuah ,dan sebagainya .
A di…seperti B pada …sebagai C dalam …hingga
11. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Temasik sedang berbincang _________ peperiksaan akhir
tahun yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
A tentang B dalam C terhadap
12. Seminar Kecemerlangan UPSR yang diadakan di Pantai Merdeka itu bermula _______ hari
ini.
A sampai B daripada C pada
13. Perjanjian persefahaman _______ kedua-dua buah syarikat perkapalan itu telah
ditandatangani di hadapan Perdana Menteri Australia.
A untuk B antara C dalam
14. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya menggunakan kebijaksanaannya dan keberanian mereka
_________ menentang lanun _______ perairan Melaka.
A bagi … hingga B oleh …di C untuk … di
Tuesday, May 20, 2014
LATIHAN KATA SENDI (01)
1. Pakcik Sulaiman bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.
A di B ke C pada
2. Markah ujian yang diperoleh Nazri lebih tinggi _________ markah yang diperoleh Hakimi.
A oleh B dengan C daripada
3. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan menyampaikan hadiah ______ para
pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.
A untuk B pada C kepada
4. Encik Abu membeli sebuah basikal _________ anak bongsunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada B untuk C demi
5. Cikgu Nazariah menasihatkan murid-muridnya supaya mempunyai rasa belas kasihan _______
haiwan.
A terhadap B dalam D oleh
6. Kakak menulis surat __________ kawan baiknya yang tinggal di Australia.
A di B dengan C kepada
7. Oleh sebab terlalu rindu _______ neneknya, Roslina tidak sabar menunggu cuti sekolah
untuk pulang ke kampung bersama ibu dan bapanya.
A dalam B untuk C akan
8. Pak Mail menjaga lembu-lembu yang diberikan _______ Jabatan Pertanian itu dengan baik.
A sejak B oleh C tentang
9. Pada setiap pagi, keadaan di Terminal Bas Kulim itu sibuk _______ bas-bas yang datang dan
pergi.
A dengan B untuk C bagi
10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.
A pada B akan C demi
11. Patung wayang kulit yang terkenal di Kelantan diperbuat ______ kulit kambing.
A dari B daripada C ke
12. Pihak sekolah telah melakukan pelbagai usaha _______ mengurangkan kes ponteng.
A sejak B tentang C untuk
Thursday, May 15, 2014
LATIHAN PENANDA WACANA (01)
1. Tiket kereta api untuk pulang ke kampungnya di Kelantan telah habis dijual. _______, Aidil
tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kapal terbang pula.
A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula
2. Karnival membeli-belah 2013 sudah bermula di seluruh negara. _______, orang ramai
dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja.
A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula
3. Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______,
jalan itu licin dan tidak rata.
A Oleh sebab itu B Tambahan pula C Di samping itu
4. Syarleeza sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
A Di samping B Lebih-lebih lagi C Dengan itu
5. Dahulu, kes-kes penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat, _________ kini
fenomena itu mula menular dalam masyarakat kita .
A namun begitu B di samping itu C jika demikian
6. Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Aiman Hakimi membuat latihan dan ulang kaji
dengan lebih intensif bersama rakan-rakannya.
A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu
7. Firzana petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam
pertandingan pidato peringkat Daerah Seberang Perai Selatan.
A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu
8. Harga buah kelapa akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan kelapa di pasaran.
A Seterusnya B Bukan sahaja C Hal ini kerana
9. Kehidupan Sulaiman sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk
menyara keluarganya yang besar.
A Oleh yang demikian B Sungguhpun demikian C Dengan itu
10. Encik Aiman mengusahakan tanaman cili secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam
penternakan itik untuk menambah pendapatannya.
A Di samping itu B Namun demikian C Tambahan pula
11. Kehidupan keluarga Ahmad sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya
sudah lama meninggal dunia.
A Kalau begitu B Selain itu C Tambahan pula
12. Semua orang hendak pergi ke pameran buku itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
A Tambahan pula B Kalau begitu C Oleh sebab itu
13. Ashraff yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan badminton itu telah bermain
bersungguh- sungguh dalam perlawanan akhir, _________ beliau tewas dalam perlawanan
tersebut.
A jika demikian B demikian juga C namun demikian
14. Aleeya Nadhira merupakan anak seorang hartawan. _________ dia tidak menyombong diri
dengan rakan- rakannya yang lain.
A Namun begitu B Jika begitu C Oleh sebab itu
15. Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit, _________ kita mestilah
menjaga kebersihan persekitaran.
A dalam pada itu B walau bagaimanapun C oleh sebab itu
Wednesday, May 14, 2014
LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI ( 01)
Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.( dia, kamu , beliau )
2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima Cemerlang
kepada Cikgu Faizul. ( Mereka, Kami, Kita )
3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah. ( Baginda, Dia, Beliau )
4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. ( kami, dia, mereka )
5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif.( beta, aku, saya )
6. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-murid Tahun Lima Dahlia. ( kami, saya, dia)
7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
( Saya, Beta, Baginda )
8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong-
royong esok. ( hamba, dia, nya )
9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
( Kami, Saya, Hamba )
10. "Segala titah perintah _________ ( baginda , tuanku, kamu ) akan ________ ( patik, saya, kamu ) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.
Thursday, May 8, 2014
APA ITU PENJODOH BILANGAN ?
~ Penjodoh bilangan digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspek bilangan.
~ Terdapat juga kata bilangan yang disertai dengan kata bilangan.
~ Penjodoh bilangan berfungsi menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal, perkara dan manusia.
~ Kini, wujud penjodoh bilangan yang menggunakan benda yang mempunyai ruang untuk menerangkan aspek bilangan.
Contoh : mangkuk ~ semangkuk sup
baldi ~ sebaldi air
cawan ~ secawan teh
~ Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama kata bilangan tak tentu.
Contoh ;
* seluruh buah kedai
* seluruh orang penduduk kampung
* semua orang guru
~ Berikut adalah beberapa contoh penjodoh bilangan serta kegunaannya.
Wednesday, May 7, 2014
PENANDA WACANA
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya
Menunjukan pertentangan maklumat
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
bagaimanapun
|
Ibu menangis teresak-esak. Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.
|
biarpun demikian
|
Qayyum gagal dalam perlumbaan itu.Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.
|
meskipun
|
Sakina tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.
|
meskipun demikian
|
Puan Azlina telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.
|
namun
|
Quratul menjerit meminta tolong. Namuntiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya.
|
namun begitu
|
Elis memang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
|
sebaliknya
|
Farhan tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
|
sungguhpun demikian
|
Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.
|
walau bagaimanapun
|
Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Tajol.
|
walaupun demikian
|
Arif kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.
|
Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
lagipun
|
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.
|
lebih-lebih lagi
|
Saya tidak dapat melihat dengan jelas, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
|
malah
|
Nur Firzana mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
|
tambah lagi/tambahan pula
|
Aliya suka menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.
|
Menunjukkan akibat atau kesimpulan
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
akhir kata
|
Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.
|
akhirnya
|
Pasukan itu tidak bermain dengan bersunguh-sungguh. Akhirnya mereka kalah.
|
dengan itu
|
Hakimi kurang aktif dalam kokurikulum.Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang.
|
jadi
|
Huda tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.
|
justeru
|
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.
|
kalau begitu
|
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini.
|
lantaran itu
|
Haikal selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.
|
malangnya
|
Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.
|
oleh itu/oleh sebab itu
|
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.
|
semenjak itu/sejak itu
|
Ibunya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.
|
Menunjukkan sesuatu yang berikutnya
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
kemudian
|
Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.
|
lepas itu/selepas itu
|
Kakak mengemas rumah. Lepas itu, kakak memasak hidangan tengah hari.
|
selanjutnya
|
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.
|
Penanda Wacana
|
Ayat Contoh
|
dalam pada itu
|
Puan Anis mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih.
|
di samping itu
|
Ustaz Zool seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.
|
selain itu
|
Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
|
sebelum itu
|
Abu Seman akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.
|
Tuesday, May 6, 2014
KATA KERJA TRANSITIF
~Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang, binatang, dan benda.
~ Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;
1) Kata Kerja Transitif
2) Kata Kerja Tak Transitif
KATA KERJA TRANSITIF
~ Kata kerja transitif ialah kata yang mesti mempunyai objek yang terdiri daripada kata nama.
Contoh :
Abu menendang bola
(KKT) (OBJEK )
~ Kata kerja transitif terbahagia kepada dua jenis iaitu
1) Kata Kerja Transitif Aktif
2) Kata Kerja Transitif Pasif
Kata Kerja Transitif Aktif menggunakan imbuhan yang berikut ;
1) me- , men- , mem- , meng- , menge-
2) me-....-i , men-....-i , mem-....-i , meng-....-i , menge-....-i
3) me-....-kan , men-....-kan , mem-....-kan , meng-....-kan , menge-....-kan
4) memper- , memper-....-i , memper-....-kan
Kata Kerja Transitif Pasif ialah kata kerja yang terbentuk daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja transitif pasif terbahagi kepada dua iaitu ;
1) tidak menggunakan imbuhan dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
2) berimbuhan di- dan menggunakan kata sendi oleh serta kata ganti nama diri ketiga.
Subscribe to:
Posts (Atom)









